Salam perkenalan.
Selamat datang ke blog PSS SMKE VII, Taiping. Blog ini akan menjadi ruang untuk mempromosikan PSS di samping perkongsian pintar dalam pelbagai bidang yang melibatkan pengurusan PSS.
Selamat melayari blog PSS SMKE VII.
LOKASI
Di Blok C, Tingkat 1
MISI
Ke arah pembentukan masyarakat berilmu, gemar membaca dan berkemahiran selaras dengan perkembangan pendidikan negara, perkembangan teknologi maklumat serta perkembangan negara ke arah Wawasan 2020 dan menjadikan Pusat Sumber sebagai nadi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekolah.
UNIT BILIK MEDIA
Menempatkan 20 unit komputer, 1 unit LCD dan pencetak.
Kemudahan : Internet dan P&P Berkomputer.
UNIT ALAT BANTU MENGAJAR
Koleksi carta. peta, peta tapo, buku kerja, Model P & P
UNIT APD & DEWAN KULIAH
LCD dan OHP Koleksi VCD dan CD
UNIT PERPUSTAKAAN MEDIA BUKU
Koleksi bahan; B. Melayu, B. Inggeris dan B. Tamil
- Buku ( lebih 40 000 buah) Buku Rujukan (Red Spot), Buku Fiksyen,Buku Bukan Fiksyen
- Majalah (18 jenis)
- Surat Khabar
UNIT-UNIT BILIK AKSES
Menempatkan 10 unit komputer, 1 unit LCD dan pencetak.
JAWATANKUASA PSS SMK K.E (VII). TAIPING
Pengerusi : En. Yahaya bin Liman
Penyelaras PSS : Pn. Haliza bt Zainuddin
Unit Perpustakaan : Cik Norhaili bt. Mohd Kassim
Puan Shahaniza Hernie bt Abd Hamid
Unit APD & Dewan Kuliah : Pn. Jazeline Bt. Jamil
Puan Lee Soo Hoon
Unit Alat Bantu Mengajar : Pn Azlina Bt Sulaiman
Pn. Khairun Nisa Bt. Ramly
Unit Bilik Media : En. Ahmad Mazlan Bin Mohamad Nor
Cik Nur Halini
Puan Aznin Adha bt. Zambri
Pembantu PSS : En. Abdul Aziz bin Ibrahim
Puan Nor Azlila bt Aripan @ Ariffin
WAKTU PSS DIBUKA
Isnin - Jumaat : 7.30 pagi - 6.00 petang
KAD PEMINJAM
berciri “Smart Card“
Jika hilang / rosak, diganti dengan bayaran RM1.50
PEMINJAMAN & PEMULANGAN BUKU PSS
Jumlah pinjaman
- 2 buku pada satu masa
Jenis buku
- 1 buku fiksyen/bukan fiksyen dan 1 buku red Spot
ATAU
-2 buku fiksyen/bukan fiksyen
Jumlah hari pinjaman
-1 hari untuk buku Red Spot
-7 hari untuk buku fiksyen/bukan fiksyen
-Buku bertanda Hijau tidak boleh dipinjam,
hanya boleh dibaca di PSS .
PERATURAN PSS
1. Waktu peminjaman / pemulangan buku
Sesi pagi : waktu rehat dan selepas jam 1.15 petang.
Sesi petang : waktu pagi, waktu rehat dan waktu ganti.
2. Denda
Lewat memulangkan buku -
20 sen sehari (buku biasa)
50 sen sehari ( buku red spot)
Buku hilang / rosak: RM20.00 (buku biasa)
3. Pakaian
Masa Persekolahan :
Uniform sekolah yang lengkap (termasuk lencana, tanda nama)
Luar masa persekolahan :
Baju-T yang kemas
4. Disiplin dan sekuriti
Dilarang membawa masuk beg, buku teks dan bahan rujukan sendiri, makanan dan minuman.
Pelajar yang membuat bising, berkelakuan tidak sopan dan mengganggu Pengawas PSS akan diberi amaran dan jika engkar, akan diarah keluar dari PSS.
Buku-buku yang telah digunakan mesti dikembalikan ke tempat asalnya.
Pelajar dilarang menyembunyikan sebarang bacaan di dalam PSS.
Pelajar yang didapati merosakkan harta benda PSS seperti mengoyak buku/majalah, menconteng serta mencuri akan dikenakan hukuman (dirujuk kepada Pentadbir).
Sebelum keluar dari PSS, pelajar mesh mL'Ilunjukkan buku kepada ahli LPPS yang bertugas untuk semakan.S
Semua pelajar yang memasuki PSS secara individu dikehendaki menulis nama dan tingkatan di dalam buku kemasukan PSS.

Sejarah sekolah King Edward VII bermula pada Julai 1883 dengan penubuhan Central School atau Sekolah Pusat berpunca dari perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di Kamunting. Bermula dengan 13 orang murid, bilangan tersebut bertambah menjadi 55 orang pada akhir tahun 1884.
Pada tahun 1885 sebuah gelanggang jimnastik dibina di Sekolah Pusat itu sehingga menyebabkan keperluan untuk bangunan baru dan kawasan yang lebih luas. Kawasan yang dipilih ialah tempat terletaknya Sekolah Rendah King Edward (1) sekarang.Bangunan-bangunan baru mula dibina pada 1904 dan siap pada 1905 dan menelan kos RM 93,000.
Mr. R.F. Stainer, Guru Besar kedua Sekolah Pusat telah mencadangkan nama Sekolah Pusat ditukar kepada Sekolah King Edward VII bersempena dengan pertabalan King Edward VII yang menaiki takhta England pada 1901. Warna merah dan hitam dipilih menjadi warna bendera sekolah. Merah melambangkan keberanian dan kemegahan, hitam melambangkan perpaduan yang utuh.
Sekolah King Edward VII dirasmikan oleh Y.T.M. Sultan Perak pada tahun 1905 di mana jumlah pelajar pada masa itu ialah 434 orang.
Dalam bidang permainan, prestasi cemerlang ditunjukkan dalam bidang bola sepak, kriket, gimnastik, dan olahraga. Pasukan kadet Tentera juga telah ditubuhkan pada tahun 1919 dengan Mr. Stainer seiring menjadi Pegawai Pemerintah. Pada tahun 1922 lahir Pasukan Pengakap yang dikenali sebagai 'Second Taiping' di bawah pimpinan En. D.G. Doral dan En. Surjan Singh.
Mr. TJ Thomas telah memperkenalkan permainan ragbi di sekolah ini pada tahun 1923. Dalam pertandingan ragbi antara Sekolah-sekolah Melayu kali yang pertama pada tahun 1923, Sekolah King Edward VII dengan mudah menewaskan pasukan Sekolah Penang Free.
Pada masa pendudukan Jepun, tiada persekolahan dijalankan di Sekolah King Edward VII kerana tentera Jepun menggunakan sekolah ini sebagai markas ‘Malayan Kompeitai’ dan padang sekolah permainan telah dijadikan tempat untuk bercucuk tanam.
Pada 1 Oktober, persekolahan disambung dengan menumpang di bahagian petang Sekolah St. George's Institution. Pada 14 Januari 1946, barulah pelajar-pelajar kembali ke sekolah asal di bawah naungan Captain C.R Tolliday. Ketika itu, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1004 orang dan sekolah beroperasi di empat unit bangunan.Kelas rendah dijalankan di bangunan di jalan Trump, kelas Elementary di 'Sheffield Hostel' di Jalan Muzium dan di Hostel Murid Tua di Jalan Stesen. Kelas menengah pula ditempatkan di bangunan utama iaitu berhampiran Rumah Rehat Taiping.
Pada tahun 1951,di samping makmal sains, terdapat bilik untuk Geografi,Sejarah dan Lukisan.Kelas tingkatan 6 bermula pada tahun 1954 dan ketika itulah pelajar perempuan pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah ini.Pada tahun 1958, berlaku pemisahan bagi kelas-kelas Rendah dan Menengah kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai . .Kelas Rendah dibahagikan kepada dua iaitu 'Primary Satu dan Dua' yang ditempatkan di bangunan induk di Jalan Stesen dan Kelas Menengah di blok Shieffield, 'Former Infant Department,' dan di blok-blok baru yang didirikan di sepanjang Jalan Trunt. 1960-Kelas Tingkatan Satu pengantar Melayu telah dimulakan, 1965-Buat pertama kali , pelajar pengantar Melayu menduduki peperiksaan SPM. 1969-Kelas Tingkatan 6 Pengantar Melayu dimulakan. Sekolah King Edward VII merupakan satu-satunya sekolah di semenanjung yang mempunyai kedua-dua pengantar Melayu dan Inggeris
Semenjak tahun 1961, permainan ragbi berada di dalam zaman kegemilangan masih dipertahankan sehingga hari ini. Pasukan merentas desa juga tidak pernah tewas sejak 1965, di mana pasukan itu pernah tiga kali menjuarai 'Open Road Relay', anjuran Universiti Malaya. Pasukan kriket juga pernah memenangi 'Piala Dragon', dan menjadi Juara Negeri Perak. Pengetua-pengetua pada tahun-tahun 1950an dan 1960an seperti J.E.M Ambrose, E.H. Bromley, W.V. Hobson, J.A. McCumiskey dan Bion Dury telah cuba mengekalkan kecemerlangan Sekolah King Edward VII dalam bidang akademik dan sukan.
Dari tahun 1964 hingga 1982, pengetua sekolah ialah Long Heng Hua yang merupakan pengetua yang paling lama berkhidmat di sekolah ini. Pada tahun-tahun tersebut, sekolah terus menunjukkan kegemilangan dalam bidang akademik dan sukan terutama hoki dan gimnastik. Pada 1978, beberapa gimnastik telah terpilih mewakili negara dalam sukan SEA.
Pada 1988, SMKE menempa sejarah apabila pasukan sekolah pertama kali menjadi Johan bagi Negeri Perak bagi tiga permainan iaitu Bola Sepak, Hoki dan Ragbi. 1989 - Bangunan tambahan yang mempunyai empat buah bilik darjah telah dijadikan bengkel Kemahiran Hidup
1990 - Pelbagai kemudahan fizikal telah ditambah termasuk Bilik Komputer, Stor Pencegah Kebakaran, laluan berbumbung, pengubahsuaian Bilik Guru dan lain-lain
1998 - Bengkel Kejuruteraan siap dibina bagi menampung pelajar tingkatan 4 Lukisan dan Teknologi Kejuruteraan yang baru diperkenalkan di SMKE pada tahun tersebut.
1998 - SMKE menjadi Johan Ragbi dan Bola Sepak bagi sekolah-sekolah Premier Negeri Perak.
1999 - SMKE telah dipilih sebagai salah sebuah daripada 90 buah sekolah Bestari.
VISI SEKOLAH
Melahirkan Edwardian yang bercirikan
“A SCHOLAR,
A GENTLEMAN
AND A SPORTMAN”
MISI SEKOLAH
Untuk mencapai visi ini,
Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII akan
menjalankan usaha-usaha yang berteraskan konsep
Pendidikan Bestari bagi :
Merangsang pembelajaran berfikrah dan penyekolahan minda
Mengguna kaedah pembelajaran Bestari secara konvensional dan teknologi maklumat terkini
Mengguna tenaga pengajar professional dalam semua bidang
Mempunyai sistem pentadbiran dan pengurusan bestari
Mengekal tradisi etos yang telah sekian lama unggul
Menjana kecemerlangan pelajar supaya bersedia menghadapi era globalisasi bagi memenuhi Visi Negara berteraskan Falsafah Pendidikan
lagu sekolah
King Edward’s will live forever
As long as the Taiping Hills stand
King Edward’s will shine forever
For the glory of this land
In this year of our victory
We are proud of the days of yore
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
King Edward VII School we hail thee
You’ll be greater than before
The Tigers roar loud and full
Magni Nominis Umbra
The motto of our great school
Magni Nominis Umbra
Edwardians old and young tigers
Let’s unite in a song of glee
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
King Edward VII School forever
In Malaysia of the free
WARGA SEKOLAH
• Warga Sekolah ini disebut sebagai “EDWARDIANS”,
• Yang terkenal sebagai “TIGERS”.
• Gelaran ini menjadi kebanggaan setiap warga sekolah ini yang menyemarakkan semangat serta sentiasa dijiwai malah menjadi pendorong dan penggerak untuk meraih kemenangan dan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
LENCANA SEKOLAH
• Harimau melambangkan keberanian dan kekuatan serta mempunyai semangat yang kental serta tidak gentar menghadapi sebarang cabaran.
BENDERA SEKOLAH
• Bendera sekolah mempunyai 2 warna, iaitu MERAH dan HITAM.
• Warna merah melambangkan keberanian dan kecemerlangan.
• Warna hitam melambangkan perpaduan yang utuh dan tidak dapat dipecahbelahkan serta melambangkan semangat yang kental pada setiap masa.